Showing posts with label gerobok baju. Show all posts
Showing posts with label gerobok baju. Show all posts

Tuesday, October 28, 2008

Almari baju 'marquetry' 2 pintu



Almari baju 'marquetry' ini diperbuat disekitar tahun 1920an, dan juga telah menjalani proses restore untuk mendapatkan kembali kemasan seperti asalnya. Kalau dikalangan kaki antik, kaki alamari ini dipanggil 'spoon leg' / kaki sudu.Boleh ditanggalkan kepada 2 bahagian dan didalam almari ini terdapat 2 bahagian sebelah kanan (tempat menyangkut baju) dan kiri (tempat baju yang dilipat serta 1 laci).. Harap maaf kerana gambar yang diambil dalam keadaan almari ini berhabuk sedikit.. Harga RM 1599..

SOLD

Almari baju Kolonial





Almari baju zaman kolonial yang diperbuat dari kayu Jati Burma ini baru sahaja siap dari proses 'restore'.ianya juga dikenali sebagai almari bunga loceng oleh kaki2 antik,dan boleh di pelbagaikan utk almari hiasan,baju mengikut citarasa anda. Anda sendiri dapat lihat bagaimana hasil kerja yang telah dilakukan atas almari ini. Ia boleh ditanggalkan menjadi 3 bahagian, bahagian atas, tengah dan bawah.. Selalunya barang seperti ini sangat laris, jadi saya menasihatkan agar anda dapat menghubungi kami jika berminat sebelum berputih mata. Harga RM2499

sold





Tuesday, October 21, 2008

almari baju marquetry 3 pintu









almari baju ni mempunyai 3 pintu dan di pintu kanan dan kirinya ada marquetry yang berbentuk bintang. cermin bevelled dan dibawahnya ada 'belt'. menurut pengetahuan aku almari ni dibuat sekitar 1930an.. harga RM2799 bole dirunding lagi..

sold 24/10/08