Salam sejahtera, selamat datang ke blog saya. Semoga dengan blog ini kita dapat berkongsi pendapat mahupun info tentang perabot antik. Disamping itu pengunjung juga boleh membeli perabot klasik dan antik yang kami tawarkan di bawah harga pasaran..
Friday, August 22, 2008
Kerusi 'X'
kalau kaki2 antik kat johor ni diorang panggil kosi ni kerusi X, x tau la lau kat tmpat lain.. Aku ada 2 biji, dua2 masih dalam keadaan ori lagi, kayu jati dan berharga RM680 sahaja..SOLD
Thursday, August 21, 2008
Rak perhiasan 3 pintu 'queen leg'
Altar table
Set meja kopitiam
Wednesday, August 20, 2008
Perabot antik?
Hari ni bila sebut je perabot antik, maka ramai yang terus terbayangkan perabot yang diimport dari negara seberang, Indonesia. Persepsi ini sebenarnya batil (salah) sebab apa yang aku tahu status suatu benda layak dipanggil antik apabila berusia lebih 100 thn, manakala lebih 50 thn dan tak sampai 100 tahun dipanggil klasik. Padahal perabot yang diimport dari Indonesia spt Jepara, Betawi dll adalah reproduction. Ntahla aku pun tak confident, bolehke perabot2 tersebut boleh bertahan sehingga ditabalkan darjat 'antik'. Nak dapat gelaran klasik pun x tentu lagi. Apa yang buat aku x confident langsung adalah dr beberapa hal spt raw material dan buatannya..
Bahan utama untuk buat perabot 'antik' ni adalah kayunya sendiri, kayu yang digunakan adalah kayu muda (belum matang) dan seluruh pokok dioptimumkan sepenuhnya kecuali daun demi memenuhi permintaan dari peminat2 'antik' di malaysia. Point kat sini adalah kayu yang belum matang tak mempunyai kekuatan malah menjadi antara menu anai-anai yang digemarinya, walaupun telah menjalani beberapa proses spt pengeringan dll. Selain itu binaannya yang kasar juga menguatkan lagi hujah aku bahawa perabot ni memang x tahan ataupun x berkualiti.. aku tau perabot2 ni ada gred, first gred kira ok la, tapi kalau yang melambak2 dijual pada harga runtuh tu gred ape? mestilah gred yang paling hina sekali.. Kat M'sia ni perabot jati Indonesia yang first gred ada tp x banyak sbb susah nak jual.. Aku ada pengalaman tak lama dulu, ada sorang makcik datang suruh repairkan dia punya kerusi betawi ngan kerusi yoyo, patah.. Dia meluahkan perasaan kat aku kata dia baru beli 2 mggu lepas tapi dua2 dah patah kat bahagian tanggam pas tu aku tgk dlm family dia takde pun yang badan besar, muskyil2.. Mula2 aku malas nak sambut keje tu sbb keje aku banyak lagi yang lain. Tapi memandangkan aku kesian kat dia aku ambik je keje tu tapi awal2 aku cakap pas repair ni taklah sekuat mcm biasa sbb aku hanya gamkan kat bahagian yang patah dengan touch up, dgn pasrah dia kata ok.. Itulah antara secebis pengalaman aku dgn perabot 'antik' ni..
Berbeza lak dgn perabot antik/klasik yang dibuat drpd jati Burma (burmese teakwood) yang mmg tak diragui lagi sejak zaman berzaman. Sebagai seorang yang menghadap kayu jati Burma ni hampir setiap hari aku memang salute kayu ni berbanding jati Indonesia. Ia disebabkan beberapa perkara.
Pertama, jati burma ni memang betul2 matang. Menurut info yang aku dapat dari orang lama dalam bidang kayu-kayan ni, cara kayu ni diambil berbeza sama sekali. Mula2, pokok yang ingin ditebang mestilah berusia 80 tahun ke atas, itu pun bukan main kapak je. Kulit kayu pada batang pokok harus dikopek dulu untuk 'membunuh' pokok tersebut. Kemudian dalam masa setahun selepas pokok tu mati dan kering barulah ditebang, maknanya kayu dari pokok tu kering secara alami bukan secara paksa. Jadi kayu yang diambil dari pokok yang matang ditambah proses yang dilakukan dengan natural pastinya menghasilkan kayu yang kuat dan tahan.
Kedua, kayu jati Burma ni kalis anai2.. Aku pun tak tau lagi kenapa anai2 tak nak jamah kayu ni, mungkin dari bau kayu ni, wallahualam..
Ketiga, urat kayu jati burma ni memang cun giler, tiada tandingan. Kadang2 time aku sanding kayu ni terleka dibuatnya dibuai keanggunan uratnya. Sebab tu lah perabot antik marquetry* dibuat dari kayu ni (* akan dibincangkan kemudian).
Kesimpulannya, perabot 'antik' yang disebut2 oleh penjual jati dari Indonesia bukanlah antik sebenarnya. Kalau tak percaya korang tanyalah penjual tu, tentu tercungap2 beliau menjawabnya. Dari segi kualiti pula perabot jati Indonesia memang mendukacitakan berbanding perabot antik jati Burma. Kenyataan yang aku buat ni bukan nak perkecilkan peminat2 perabot jati Indon, tp atas dasar ingin berkongsi maklumat dgn pembaca semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)