Tuesday, October 28, 2008

Set meja makan 4 seaters



Set meja makan kayu jati Burma ni didatangkan dengan satu meja dan 4 kerusi. Ukuran meja lebih kurang 3 kaki x 3 kaki, dan telah menjalani proses restore termasuk kerusinya sekali.
Dibuat dalam tahun 50an.. Harga RM1500..

Rak kabinet 50an



Rak ini pula masih dalam keadaan asal. Bahagian bawah dan atasnya boleh di pisahkan dan bahagian depan dan belakangnya juga mempunyai bentuk yang sama seperti gambar yang ketiga (ia sesuai untuk diletakkan di bahagian tengah ruang atau di jadikan 'partition').. Bahagian atas rak ini juga amat sesuai bagi pengumpul koleksi2 anti spt vas, brg2 kaca, tembaga dll. Harga RM 2200..

Almari baju 'marquetry' 2 pintu



Almari baju 'marquetry' ini diperbuat disekitar tahun 1920an, dan juga telah menjalani proses restore untuk mendapatkan kembali kemasan seperti asalnya. Kalau dikalangan kaki antik, kaki alamari ini dipanggil 'spoon leg' / kaki sudu.Boleh ditanggalkan kepada 2 bahagian dan didalam almari ini terdapat 2 bahagian sebelah kanan (tempat menyangkut baju) dan kiri (tempat baju yang dilipat serta 1 laci).. Harap maaf kerana gambar yang diambil dalam keadaan almari ini berhabuk sedikit.. Harga RM 1599..

SOLD

Almari baju Kolonial





Almari baju zaman kolonial yang diperbuat dari kayu Jati Burma ini baru sahaja siap dari proses 'restore'.ianya juga dikenali sebagai almari bunga loceng oleh kaki2 antik,dan boleh di pelbagaikan utk almari hiasan,baju mengikut citarasa anda. Anda sendiri dapat lihat bagaimana hasil kerja yang telah dilakukan atas almari ini. Ia boleh ditanggalkan menjadi 3 bahagian, bahagian atas, tengah dan bawah.. Selalunya barang seperti ini sangat laris, jadi saya menasihatkan agar anda dapat menghubungi kami jika berminat sebelum berputih mata. Harga RM2499

sold





Tuesday, October 21, 2008

almari baju marquetry 3 pintu









almari baju ni mempunyai 3 pintu dan di pintu kanan dan kirinya ada marquetry yang berbentuk bintang. cermin bevelled dan dibawahnya ada 'belt'. menurut pengetahuan aku almari ni dibuat sekitar 1930an.. harga RM2799 bole dirunding lagi..

sold 24/10/08

Sunday, October 19, 2008

Meja solek kaki "diamond"



Meja solek ni di buat dari kayu jati Burma dan dalam keadaan yang sangat kukuh dan baik.. Oleh seba itu aku x restore semula. tapi kalau ada yang minta siap restore boleh diatur asalkan sanggup utk tambah sikit lagi bayaran.. harga RM 980( x restore)